PROFIL

LENCANA SEKOLAH
                                      

SEJARAH SJKC TRUE LIGHT,KG JURU.
     Perkampungan Juru merupakan satu kawasan yang terpencil sebelum tahun 1950. Ianya wujud akibat daripada pengisytiharaan darurat oleh Kerajaan British pada tahun 1952. Penempatan kelompok ini wujud untuk menentang kegiatan komunis yang berleluasan pada masa itu.

     Sebelum itu, Perkampungan Juru masih belum wujudnya sekolah rendah. Desakan untuk mendirikan sebuah sekolah telah timbul di kalangan penduduk. Akhirnya tuntutan penduduk kampung telah tercapai dengan mendapat kelulusan pihak Kerajaan British.

     Sekolah ini telah dibina pada 13 September 1954 dan pembukaan rasminya telah diadakan pada 16 Januari 1955 oleh Bishop Gereja Methodist kawasan Asia Tenggara. 

     Pada mulanya sekolah ini hanya mempunyai sebuah bangunan kayu  yang terdiri daripada lapan buah bilik darjah. Bilangan murid pula berjumlah 186 orang dan dibahagikan kepada 6 kelas. Tenaga pendidik pula seramai 8 orang. Pada masa itu, sekolah menerima bantuan Sistem Perkampungan Baru ( Directive 13 ). Ia menerima bantuan penuh kerajaan pada tahun 1958.

     Sekolah ini bergerak selangkah ke depan lagi pada tahun 1978 apabila permohonan untuk membina 6 buah bilik darjah, pejabat dan sebagainya telah diluluskan oleh pihak Kementerian Pendidikan. Kerja-kerja pembinaan bangunan tiga tingkat itu telah siap menjelang Julai 1982 dengan menelan belanja peruntukan Kementerian Pendidikan sebanyak RM185,600.00. Bangunan tersebut telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia Dr. Tan Tiong Hong pada 13 November 1982.

     Pada tahun 1994, disebabkan pertambahan murid yang ketara, waktu persekolahan telah dibahagikan kepada dua sesi iaitu sesi pagi dan sesi petang. Selepas itu bilangan murid-murid terus meningkat.

     Pada tahun 2001, satu blok bangunan baru 2 tingkat telah dibina oleh Kementerian Pendidikan di bawah Rancangan Malaysia yang ke Tujuh. Bangunan itu mengandungi 6 buah bilik darjah, 3 buah stor dan sebagainya. Bangunan itu telah siap dalam tahun itu juga.

     Pada tahun 2003, satu jejantas telah dibina oleh Pejabat Daerah Seberang Perai dengan pertolongan daripada JKKK Kampung Juru.

     Sebuah kelas prasekolah telah diubah-suaikan dari 2 buah bilik darjah biasa pada tahun 2004. Prasekolah bermula pada tahun 2005 dengan 25 orang kanak-kanak yang berumur 6 tahun.

     Pada tahun 2006 dengan mendapat sumbangan dan derma orang ramai, perpustakaan sekolah telah diubah suaikan dengan berhawa dingin serta dilengkapi dengan projekter LCD.

     Sebuah bilik komputer yang dilengkapkan dengan komputer dan LCD telah siap pada tahun 2007. 

     Kini sekolah terus berkembang maju di bawah pimpinan Guru Besar En. Ng Chai Ping dan dibantu oleh 52 orang guru dan 9 orang kakitangan bukan guru. Dengan murid 898 orang pada tahun 2012, bilangan murid dijangka meningkat lagi pada tahun-tahun yang akan datang. Keperluan untuk mendirikan lebih banyak bilik darjah akan merupakan keutamaan kepada pihak pentadbiran sekolah untuk menyediakan ruang belajar yang kemaskini untuk menuju wawasan 2020.